SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB GEOGRAFI DAN SEJARAH SMK SUNGAI MANGGIS . SEMOGA DENGAN ADANYA BLOG INI , DAPAT MEMBERIKAN SERIBU SATU INFORMASI BERGUNA MENGENAI GEOGRAFI DAN SEJARAH KEPADA SEMUA YANG MELAWATI BLOG INI .
Kelab Geografi dan Sejarah ditubuhkan bagi memberikan info terkini dan info yang lebih lanjut buat semua pelajar . Kelab Geografi Sejarah SMK Sungai Manggis dibimbing oleh Cikgu Hayadin Baidawi . Selain itu , adalah bagi merapatkan hubungan antara sesama ahli kelab dan pengunjung blog di alam maya ini . Selain itu , dengan pengetahuan dan ilmu Geografi dan Sejarah yang kami sampaikan di dalam blog ini serba sedikit dapat meningkatkan lagi taraf pengetahuan pelajar dalam matapelajaran Geografi dan Sejarah . Secara kesimpulannya , dengan adanya penyampaian ilmu sebegini di alam maya ini serba sedikit dapat meningkatkan lagi sahsiah para pelajar selain dapat memberikan manfaat kepada para pelajar ketika melayari alam maya .

Sunday 6 January 2013

TEMA 3 :SISTEM ATMOSFERA


SELAMAT DATANG KE PENGGAL 2

1.1: STRUKTUR ATMOSFERA

Definisi Atmosfera : Satu lapisan udara yang nipis dan tidak sama tebal dan mengandungi pelbagai gas tanpa bau , warna dan rasa. ia bergerak seiring putaran bumi akibat tarikan graviti bumi .

Troposfera , Stratosfera ,Mesosfera , Termosfera

TROPOSFERA
  • Lapisan atmosfera yang paling hampir dgn permukaan bumi
  • ketinggian lebih kurang 0 hingga 12 km
  • mengandungi pelbagai jenis unsur ; wap air, udara , awan , pelbgai jenis gas & bahan2 terampai (habuk)
  • Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap kenaikan 1 Kilometer.
  • Lapisan atas troposfera dipisahkan drpd lapisan stratoposfera oleh satu lapisan yg dikenali sbg lapisan tropopaus.
STRATOSFERA
  • Lapisan atmosfera kedua
  • Mempunyai ketinggian 12-50 km dari permukaan bumi
  • lapisan ini sangat kering dan tidak mengandungi awan serta cuaca
  • mengandungi sejenis gas iaitu ; gas ozon (O3). lapisan ozon akan menyerap dan menapis bahangan ultra lembayung (ultraungu/UV). 
  • Lapisan atas Stratosfera dipisahkan drpd lapisan Mesosfera oleh satu lapisan yg dikenali lapisan stratopous.
MESOSFERA
  • ketinggian 50-80 kilometer drpd lapisan permukaan bumi, iaitu slps lapisan stratosfera.
  • suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C
  • Dikawasan ini terdapat awan noktilusen
  • Bahan meteor mula terbakar disini
  • lapisan yang memisahkan mesosfera dan termosfera adalah Lapisan Mesopaus.
TERMOSFERA
  • Terletak diatas mesosfera kira-kira 80- 500 km drpd permukaan bumi.
  • terdapat 2jenis gas utama ; gas nitrogen dan gas oksigen
  • Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1200˚C di sbbkan berlaku penyerapan ultraungu yg tinggi pd alom oksigen.
  • Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.  
  • Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen.  
  • berlaku Aurora borealis (cahaya kutub utara) & aurora Australis (cahaya kutub selatan) pd garis lintang 20º - 50º
  • Penting untuk telekomunikasi kerana pantulan gelombang radio dpt berlaku disini.


1.2 KANDUNGAN ATMOSFERA
  • GAS KEKAL
Terdapat 3jenis gas kekal di dalam atmosfera bumi ;
  1. Nitrogen (78.00%)
  2. Oksigen (21.00%)
  3. Argon 
Nitrogen & Oksigen mmbentuk 99% drpd atmosfera bumi.

  • GAS BERUBAH
§   Terdapat gas yg berubah secara semulajadi dl atmosfera bumi dan sesetengahnya berkurang @ bertambah akibat aktiviti manusia.
§   terdapat 3jenis gas berubah ; wap air , karbon dioksida dan ozon
§   gas berubah mrupakan komponen penting dlm proses meteorologi (kaji cuaca) & hidupan.

  • JUZUK BUKAN GAS
§   Dikenali sebagai aerosol
§   meliputi habuk , asap , dan zarah garam (sejatan dan percikan air laut)
§   kewujudan juzuk bukan gas ini mmberi kesan kesan kpd sinaran sinaran matahari yang sampai ke permukaan bumi akibat drpd proses serapan, pantulandan serakan.


KANDUNGAN/PERATUS
nitrogen- 78.00%
oksigen-21.00%
wap air-3.00%
karbon dioksida--0.04%
argon dan lainlain gas- -none-
ozon - 0.0005

































Copyright© All Rights Reserved Kelabgeografidansejarahsmksm.blogspot.com